Batik Crepe Sri Hindon

Thursday, April 8, 2010


Batik Jacquard Sri Hindon











Koleksi Batik Eksklusif

Thursday, March 25, 2010

 
JACQUARD EXCLUSIVE - JEX 001
RM 310(SOLD) 

JACQUARD EXCLUSIVE - JEX 002
RM 310

JACQUARD EXCLUSIVE - JEX 003
RM 310(SOLD)

Koleksi Batik Crepe Pelangi

Thursday, March 18, 2010

 


SOLD





SOLD

SOLD

 




Koleksi Batik Crepe-CR

 
SOLD







    
SOLD
  
 


SOLD



Koleksi Batik Chiffon-Cif

SOLD

Sejarah Batik di Malaysia

Sunday, February 28, 2010

Alhamdulillah,syukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan kurniaNya maka cita-cita saya untuk memiliki sebuah blog akhirnya tercapai walaupun dalam keadaan bersusah payah almaklumlah kerana kekangan masa dan ilmu internet yang masih cetek.

Berbalik kepada niat asal blog ini diwujudkan adalah untuk belajar berniaga secara online seperti kebanyakan para peniaga online yang sedia ada sekarang.Niat cuma satu iaitu ingin merebut peluang yang terbuka luas di kedai maya ini.

Sejarah batik di Tanah Melayu bermula sekitar tahun 1911 lagi apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan di Lorong Gajah Mati, Kota Bharu Kelantan.Batik Pelangi dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup manakala pewarna pula berasaskan daripada produk tumbuhan seperti buah dan kulit kayu.Adalah dikatakan cuma terdapat warna hitam dan biru sahaja pada corak batik pada masa itu.

Pada tahun 1922 Haji Che Su telah membuat perubahan dan menggunakan blok kayu sebagai alat untuk membuat batik,manakala pada tahun 1926 warna kimia dibawa dari Eropah dan telah digunakan secara meluas dalam perusahaan batik di Tanah Melayu dan Indonesia dan ia juga menjadi penyebab kepada perkembangan batik dinusantara.

Pada tahun 1932 Haji Ali bin Ismail seorang ahli perniagaan dari Terenganu telah belajar teknik batik Indonesia dari seorang rakan yang berasal dari Tanah Jawa di Singapura dan membawa pulang beberapa blok kayu contoh untuk digunakan dalam perusahaan batik beliau.Pada tahun 1936 beliau sekali lagi membuat perubahan dengan membawa pulang blok tembaga dan seterusnya menggunakan teknik baru dalam pembuatan batik iaitu Teknik Terapan Lilin.

Pada tahun 1933 juga satu kaedah baru diperkenalkan di Kelantan oleh En. Mohd Yusof iaitu batik stensil yang menggunakan pemidang skrin yang menjadi terkenal diKelantan pada waktu itu.

Perusahaan batik telah berkembang pesat dimana pada tahun 1970 sekumpulan pelukis muda telah memperkenalkan teknik canting yang dipengaruhi sedikit sebanyak oleh batik canting Indonesia.Teknik canting menjadi terkenal hingga kini dan menjadi Identiti Batik Malaysia dewasa ini.


Jenis-jenis batik adalah seperti berikut Batik Pelangi,Batik Blok,Batik Canting dan Batik Skrin.Motif-motif batik pula adalah terdiri dari motif flora,fauna dan bentuk-bentuk geometri